Friends

Thursday, July 31, 2014

Assalamualaikum Abah , Selamat Hari Raya Abah

Tahun yang ke-2 Syawal tanpa arwah abah . Tiada lagi raya seperti tahun sebelumnya . Entah kenapa semangat raya memang lansung tiada 2 kali syawal sejak ketiadaan arwah abah yang di panggil si Pencipta dunia. Sedih ya sangat sedih. Tiada lagi kemeriahan raya. Pada raya pertama hanya kami berlima, Aku, Mak, Angah, Ayien dan Fizul. Hanya berlima saling bermaaf maafan. Tiada lagi suara abah yang selalu ku dengar setiap pagi raya. Abah... Kami sangat rindukan abah.

Raya yang pertama selepas solat raya seperti biasa kami akan menziarahi kubur arwah Abah. Dari jauh sudah nampak putih batu nisan rasa terubat rindu yang dipendam. Assalamualaikum abah, Selamat Hari Raya Aidilfitri Abah . Kami rindu abah. Bacaan Yasin aku sedekahkan pada arwah abah .Semoga abah tenang di sana ya abah. Semoga kita berjumpa di syurga kekal abadi. Semoga kita ber enam dapat berkumpul bersama sama dan kekal selamanya ya abah.

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit dihati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada disisi

Raya kedua, menziarahi sedara mara . dan pulang ke kampung. Ya Allah, sekali lagi bila menjejak kan kaki di kampung abah, terkenang kembali kenangan yang sangat banyak bersama abah. Dari kecil sampai besar, kenangan bertaut kembali. Ya kami memang betul betul rindukan abah. Sampai di rumah abah membesar membuatkan air mata ini sudah tidak dapat dibendung. Selama ini cuba disembunyikan akhirya jatuh juga.

Kami sangat rindukan sentuhan hangat abah, bebelan abah, kasih sayang abah, semua semua tentang abah!

Luahan ini ihklas dr sudut kecil hati isteri & anak anak mu. We always miss u abah. Al-Fatihah.
Kami akan lalui setiap syawal tanpa abah dengan tabah. Amin...

2011 Masih beraya bersama arwah abah :) 2011/09- Bila Aidilfitri Kembali


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...