Friends

Friday, March 7, 2014

Senarai Semak Majlis Pertunangan & Budget - Perempuan

14/12/2013

My simple engagement. Alhamdulilah selamat menjadi tunangan kepada Mohd Helmi bin Hamid.Hari ni nak kongsikan senarai semak untuk Majlis Pertunangan yang simple.

Senarai Semak Majlis Pertunangan & Budget

1)Hantaran (Jika ada)
  • Hantaran daripada pihak perempuan. Semua handmade, aku buat sendiri jer. Jimat dan puas hati. Cost dulang & hiasan dulang shj - RM 300.00

  • Hantaran daripada pihak lelaki. Cost dulang & fresh flower - RM250.00
2)Pelamin (Jika ada)

Untuk aku punya majlis aku just gunakan apa yang ada je. Untuk hiasan belakang aku guna langsir mak aku jer. hihi... Untuk tempat duduk aku letak carpet mak aku yg berbulu gebas gebus . Untuk bantal kecil - kecil aku guna bantal sofa. Hihi...recycle semuanya. Cost - RM 0.00

Tak de pic full pelamin la. Aku share yg lebih kurang nampak la. hihi..

3) Jurugambar – Kalau korang ada bajet lebih, ambil jurugambar yang berpatutan harga dan paling penting kualiti gambar itu. Bagi aku tak payah pon tak pe sebab kita dahulukan yang perlu jer. Amek gambar sendiri jer. Nak kawin nanti baru la kita posing sakan . hikhik... Cost - RM0.00

4) Baju bertunang  – Aku beli baju tunang dekat GM Klang. Tu pun last minit. Asal cantik dipandang da la, simple and comfort. Janji perincian baju tidak terlalu sarat ok! Cost RM200.00

5) Menu makanan – Bab makanan ni semua aku serahkan pada ma. Budget untuk makanan aku x berapa sure sebab ma yang sponsor.

6) Solekan dan dandanan– Untuk solekan sepupu aku yang solekkan. Dapat Jimat di sini! Kalau korang berminat boleh la contact FB Azura https://www.facebook.com/nur.azura.334 

Kepochi ayien (adk bongsu) and Kepochi kak num (cousin)


7) Jemputan– dah nama majlis pertunangan ini majlis kecil-kecilan, maka jemputan yang hadir juga tidak perlu merangkumi seluruh ahli keluarga mahupun sahabat handai. Cuma kehadiran teman rapat dan paling penting kaum keluarga yang dekat. Jangan dilupakan wakil yang akan berucap untuk berunding ketika majlis berjalan. Yang paling penting my bespren ade. Yang comei2 pakai baju merah tudung hijau tu. hihi

Nur my bff & K. Farina my cousin

UitM Buddies
 8) Warna tema – Warna tema aku warna warni. Tapi lebih baik pemilihan warna tema untuk majlis biarlah bersesuaian dengan keseluruhan dari baju, pelamin serta hantaran.

Conclusion , budget semua less than RM1500.00 . Semua nya selamat dilangsungkan and we are happy!
Alhamdulillah dan Selamat bertunang Helmi Hamid! Semoga semua berjalan lancar untuk Majlis coming soon nanti.
From tunang awk!

Cincin risik dan tunang
Muka encik tunang nanti la upload masa kawin baru suprise. Hihi..

P/s  Helmi Hamid
May your engagement be the start of dreams in your heart, that you'd like very much to come true,
And may every new day, bring all the good things deserved by someone like you! I love u!

Yes! it's being perfect if abah with us on that day. However, you still in our heart abah. Miss u and love u.

Dear abah, miss u so much.. Al-fatihah..



7 comments:

lia lyana said...

congrats my dear =) do visit preparation eday kte jugak hehe

http://algettingmarried.blogspot.com/

sHiMi sHinHae~ said...

xda lah mahal sgt an ..thanks for the info ! :)

ZajaErzani ZafaRuLhaK said...

@lia lyana thank you.. you too congrats ya! awk pnye eday sangat vogue ok :)

@shimi shinhae
Sama2 ..Yup, tersangat simple kan

dieyla said...

Xda la kos tgi sgt. Thnz for sharing the info ��
Tp knp ya kdg2 rse ready,kdg2 rse x ready. Ke mmg normal prsaan mcm tu?

Anonymous said...

Thanks for the info. Sgt sgt berguna!

Syahira Normah said...

terbaik..thks for sharing ye! tgh fikir cara trbaik utk mjlis tunang simple..

kb8282 enterprise online store said...

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di ONLINE STORE
atau PHOTO PRODUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...