Friends

Thursday, March 6, 2014

Dear abah, I miss u Part 2

24 Mei 2013

Jumaat, dimana aku pulang ke kampung untuk jumpa abah. Abah di masukkan ke hospital segamat. Aku masih bekerja sebab aku ingat pesan abah supaya jangan risaukan die kerja nanti da abis keje baru balik tengok abah. Tapi hati sangat resah, semua kerja di office tak kene. aku cuba kuat.

Lunch hour aku decide beli tiket bus sebab aku tak kuat untuk drive kete sorang diri pulang ke kampung. Sampai di stesen bus shah alam, hampa sebab tiket habis. Aku merayu pada akak tiket kaunter bus, alhamdulillah aku di beri tempat driver ke 2. Terima kasih Ya Allah. Allah masih tolong aku. Ye Allah sentiasa tolong aku.

Jam 6 naik bus, hati tak tentu arah, masih lagi menangis, Ya Allah bantulah abahku, sembuhkanlah abahku, aku rindukan keadaan abah sihat. Aku rindukan keadaan abah kemas laman rumah, aku rindukan abah yang berisi. Tapi semua tu dah hilang. Abah sakit. Apa yang aku takutkan selama ni memang berlaku. Aku tak sabar sabar nak jumpa abah, nak dengar suara abah. Alhamdulillah, jam 11 malam aku sampai.

Aku sampai hospital segamat, hati berdebar debar, aku menapak ke tingkat 1 hospital, wad 6. Aku tercari cari kelibat abah. Abah terlantar, aku salam ma, peluk cium ma. Hati kecilku memangil abah, aku tak sampai hati nak kejut dia bagun tidur sebab keadaan yang sangat lemah. Tetapi Allah mendengar segalanya, abah celik mata. Mata bundarnya melihat aku, aku senyum. Abah senyum.. Ya Allah, hilang semua kerisauan aku dan kesedihan aku bila tengok abah seyum. aku mencapai tangan abah dan menyalamnya. Along baru sampai ke?? abah tanya. Aku menganguk. Rinduku terubat. Resah ku hilang. Kami bersembanh hampir setengah jam. Aku risau jika abah tak cukup rehat jadi aku menyatakan yang aku ingin pulang dulu. Esok aku akan datang lagi. Aku salam abah. 


Post ni da lama siap tapi baru ni nak pos sebab lama tak bukak blog.

Hari ni 6/3/2014, sudah 9 bulan abah meninggalkan kami sekeluarga. Alhamdulillah kami menjalani kehidupan seperti biasa tetapi masih terasa kehilangan abah. Hari ini juga ulangtahun kelahiran ibu yang tercinta. Buat kali pertama menyambut tanpa insan bernama suami. Semoga ma tabah. Kami sentiasa ada disisi ma walau senang dan susah. Happy Birthday Ma!!!! We luv u so much!!!! Arwah abah sentiasa di hati kami.

Dear abah, miss u so much.. Al-fatihah.. 21/6/2013




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...