Friends

Friday, July 12, 2013

Dear abah, I miss u Part 1

23 Mei 2013

Hati along rasa debar sangat. Entah kenapa hati tak sedap. Risau kan abah. Kesihatan abah semakin merosot sejak kebelakangan ni. Semakin kurus dan pucat. Setiap hari akan kol abah untuk bertanya khabar. Abah kata abah ok jangan risau. Tapi Hati along dapat rasa abah tak sihat.  Dua hari aku berkursus tapi hati aku tetap teringatkan abah. Hati melonjak lonjak nak balik rumah. Rindukan abah, senyuman abah.

Pada petang khamis hati aku tergerak nak call ma. Astagfirullah.. Ma ckp abah semakin pucat dan lemah, suara ma suara risau tetapi along dapat rasa ma kuat dan tak mengalah tetapi air mata along tak dapat dibendung bila dengar abah makin pucat dan lemah.Aku terus meluahkan rasa hati pada ma. Aku cakap kat ma mungkin ini bukan punca sakit jantung abah. Dari pembacaan aku simptom abah adalah kepada penyakit cancer usus besar. Susah untuk aku menyatakan kebenaran tersebut tapi aku perlu kuat untuk bagi tahu.Ma senyap... aku pangil..ma ma.. kenapa senyap??? Aku dengar tangisan halus dihujung talian. Ya Allah, masa tu hati aku luluh. Ma yang kuat akhirya menangis. Maafkan along ma bukan niat nak mengandaikan yang buruk-buruk tapi kemungkinan itu sangat besar. Aku kuatkan hati ma, sabar ma esok bawak abah terus pergi hospital. Ma cakap memang ma akan bawa walau apa pon.

Petang dan malam tersebut aku mula risau, tak makan, duduk dalam bilik, menagis menagis menagis. Ya Allah jahilnya aku. Iman aku rapuh. Astagfirullah... Semangat aku hilang entah kemana. Aku call ma untuk mendapatkan kekuatan sambil menangis. Abah dapat tahu yang aku hilang semangat dan menagis dan abah pesan kat ma jangan risaukan abah, abah ok along. Abah ada ni duduk dekat luar rumah bersembang dengan ma. Masa tu hati aku tenang sedikit. Abah yang sakit masih cuba menyembunyikan sakitnya dan tak nak anaknya risau.

Pada malam itu Mie menawarkan diri untuk membantu menghantar abah ke hospital pada malam tu jugak kerana kebetulan dia bekerja di segamat. Aku menyatakan nya kepada ma. Kalau abah nak pergi hospital malam tu jugak aku boleh mintak tolong pada Mie. Aku call ma untuk mendapatkan kepastian tetapi jawapan ma membuat hati aku lagi luluh. Ya Allah. Abah menagis. Abah menagis 'macam baby'. Abah tak nak pergi hospital. Kenapa nak hantar abah hospital, kata abah. Ya Allah, maafkan along abah bukan niat along nak hantar malam tu jugak tapi along tak sanggup tengok abah sakit. Aku menyatakan yang aku akan balik malam tu jugak tetapi abah tak benarkan dan suruh balik keesokannya. Aku akur.

Aku decide dan call Mie supaya tak payah hantar abah malam tu sebab semangat abah down. Ma akan hantar pagi esok terus ke hospital... Pada malam tu aku cuba untuk lelapkan mata tapi gagal. Bila tertidur bagun dan akan menangis... Kenapa imanku sangat nipis... Astagfirullah halazim...

Dear abah, miss u so much.. Al-fatihah.

4 comments:

Mohd Helmi Hamid said...

Sabar wahai jiwa..pertemuan pasti ada pengakhiran..tabahkn hatimu,dikala berduka lara ada insan lain yg mmrlukn mu..ksabaranmu pgakhiran syurga buat ayahmu wahai jiwa....."bersabarlah"

ZajaErzani ZafaRuLhaK said...

Temkiu... InsyaAllah.. Semoga arwah kekal abadi dan tenang disana.. Alfatihah

khadijah said...

Takziah zaja, Semoga abah zaja tergolong dalam golongan yang beriman.. amin doakan dia selalu ye bila rindukan arwah

ZajaErzani ZafaRuLhaK said...

Thanks dijah... InsyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...