Friends

Tuesday, August 2, 2011

Rahsia amalan bersedekah!


Bulan ramadhan seperti yang kita tau bulan yang sangat mulia dan muslim berebut rebut mengumpul amalan mereka. Saya pun nak berkongsi tentang amalan bersedekah. Wahhh....di bulan baik ni tetiba panggilan 'aku' sudah bertukar menjadi 'saya' (maaf penggunaan 'aku' pada post2 sebelum ni). hehe..
"Tidak akan berkurang harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melaikan akan diangkat darjatnya". (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya orang yang gemar bersedekah telah dijanjikan oleh Allah ganjaran pahala yang besar sebagaimana firman-Nya bermaksud : "Siapakah yang mampu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipat gandakan (balasanya) dan untukya pahala yang mulia". (Surah al-Hadid, ayat 11).


Info: HULURKAN PEMBERIAN SUNAT SECARA RAHSIA TETAPI PEMBERIAN WAJIB (ZAKAT) PERLU DIBERI SECARA TERANGAN SEBAGAI MENEGAKKKAN SYIAR ISLAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...